Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini


Seorang anggota polis didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baru hari ini atas tuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah. – Gambar X, 26 Julai, 2024.

MAHKAMAH Majistret Kuala Kubu Baru hari ini mendakwa seorang anggota polis atas tuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah di mana mayat mangsa ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Hulu Selangor, 11 hari lalu.

Lans Koperal Muhammad Alif Monjani, 26, didakwa di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Nurul Mardhiah Mohammed Redza yang bertindak sebagai majistret dalam prosiding itu.

Tiada pertuduhan direkodkan.

Mahkamah menetapkan 30 Ogos untuk sebutan semula kes.

Tertuduh didakwa membunuh Nur Farah Kartini, 25, seorang graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris di Ladang SKC Keledang di Hulu Bernam.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 9 pagi 10 Julai hingga 6 petang 15 Julai.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan. – 26 Julai, 2024.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen