POLIS menerima purata 900 laporan orang hilang setiap tahun bagi tempoh lima tahun terakhir ini, kata Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau turut menolak dakwaan berlaku peningkatan jumlah orang hilang di negara ini.
“Sejak lebih lima tahun lalu, purata adalah kira-kira 900 kes setahun.
“Tiada corak lonjakan peningkatan kes menurut data kami dari 2020 hingga Jun tahun ini,” katanya ketika berucap pada perjumpaan bulanan kementerian di Putrajaya hari ini, lapor The Star Online.
Pada hujung minggu lalu, Albertine Leo Jia Hui, kanak-kanak berusia enam tahun hilang di Johor Bahru. Albertine kemudian ditemui selamat di sebuah hotel di Batang Kali, Hulu Selangor pagi ini.
Ketua Polis Johor M. Kumar berkata polis menyerbu sebuah hotel dan menyelamatkan kanak-kanak itu.
Seorang suspek lelaki yang berada bersama mangsa turut ditahan.
Kumar berkata lima suspek ditahan berkaitan kes itu, dan polis masih menyiasat motif penculikan. – 23 Julai, 2024.
Komen