RIBUAN pengguna di kawasan Ampang Jaya dan Klang terputus bekalan elektrik selepas berlaku masalah gangguan kuasa hari ini.
Dalam satu hantaran di halaman Facebook TNB CareLine dinyatakan bahawa ini disebabkan masalah di stesen penjanaan di Pandan Maju dan Kota Kemuning.
“Pasukan teknikal kami sedang berada di lokasi untuk melakukan kerja-kerja membaik pulih bekalan elektrik.
“Kesabaran anda amat kami hargai dan segala kesulitan amat dikesali,” katanya. – 13 Julai, 2024.
Komen