Papagomo ditahan selepas hadir perbicaraan di mahkamah


Penulis blog kontroversi Papagomo, ditahan polis selepas menghadiri perbicaraan kes hasutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Julai, 2024.

PENULIS blog kontroversi Wan Muhammad Azri Wan Deris yang juga dikenali sebagai Papagomo, ditahan polis selepas menghadiri perbicaraan kes hasutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata dua pegawai polis dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman menahan anak guamnya tengah hari tadi.

“Selepas hadir perbicaraan hari kedua kes berkaitan Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 (membabitkan tuduhan kerajaan adalah pro Israel dan pro Barat), dua anggota polis menahan Azri di luar mahkamah.

Rafique berkata Papagomo dibawa ke balai polis Dang Wangi.

“Penahanan ini adalah arahan orang atas. Ia berikutan laporan polis mengikut Akta Hasutan. Kerajaan hari ini benar-benar menyalahgunakan kuasa,” katanya dalam satu kenyataan.

Rafique berkata beliau tidak pasti atas tuduhan kesalahan apa anak guamnya disiasat, dan reman akan didengar di hadapan majistret esok. – 12 Julai, 2024.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen