JAWATANKUASA Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3%.
Bank pusat itu berkata kadar penanda aras menunjukkan pengukuhan mampan dalam aktiviti ekonomi pada suku kedua 2024, didorong oleh perbelanjaan domestik berdaya tahan dan pencapaian eksport lebih baik.
“Pada masa depan, eksport dijangka meningkat dengan kitaran teknologi global melihat kepada kedudukan Malaysia dalam rantaian bekalan semikonduktor, selain kekuatan berterusan dalam barangan elektronik dan bukan elektrik.
“Kedatangan pelancong dan perbelanjaan mereka juga dijangka meningkat. Pengambilan pekerja berterusan dan peningkatan gaji, di samping langkah dasar, akan diteruskan untuk menyokong perbelanjaan isi rumah,” katanya.
OPR kekal tidak berubah pada 3% sejak Mei 2023. – 11 Julai, 2024.
Komen