Anwar mesti elak legasi ‘nasi dah jadi bubur’


LIMA tahun lalu seorang warga emas di Johor Bahru menjadi tumpuan berita kerana membaiki lubang-lubang jalan di kawasan Taman Pelangi.

Terima kasih kepada seorang pengguna Facebook bernama aduka.pbj yang menyaksikan lelaki tua Cina itu berada di tengah jalan untuk menampal lubang. Gambar lelaki tua itu menaiki basikal lengkap dengan baldi berisi tar dan beberapa kain perca membuat rakyat Malaysia marah dengan ketidakcekapan pihak berkuasa.

“Saya sedang menaiki motosikal melalui Jalan Kuning, Taman Pelangi JB. Saya nampak seseorang berada di tengah jalan.

“Apabila saya melihat lebih dekat, saya nampak seorang pakcik tua Cina sedang menutup lubang jalan. Saya tidak tahu dari mana dia mendapat tar tambahan yang dibawa dalam baldinya yang dibawa ke mana-mana,” katanya.

Penulis yang terkejut itu memuji usaha lelaki warga emas tersebut dan mendoakan kesejahteraannya.

David Mahadus berkata: “Jika saya adalah YB kawasan itu, saya akan letak jawatan,” sambil memuji tindakan mulia dan tidak mementingkan diri lelaki itu.

Halmy Makmin berkongsi bagaimana warga emas itu adalah wajah yang biasa di Taman Pelangi dan berkata ramai jemaah masjid Jamek At Taqwa yang berdekatan menyedari perbuatan lelaki itu.

Ridzwan MyJihad pula berkata warga emas itu tidak hanya menampal lubang jalan tetapi juga bertindak mengawal lalu lintas ketika lampu isyarat rosak akibat ribut petir.

Apa yang dilakukan Datuk Bandar Johor Bahru Adib Azhari Daud ketika itu? Tidakkah beliau merasa malu mengetahui seorang lelaki warga emas mengayuh basikal di jalanan untuk menampal lubang, menghabiskan masa dan tenaga untuk memastikan pengguna jalan selamat sedangkan Adib yang dibayar untuk memastikan jalan raya tidak membahayakan pengguna?

Bulan lalu, dilaporkan Adib ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menerima rasuah sebanyak RM1 juta daripada kontraktor sebagai ganjaran meluluskan projek semasa menjawat jawatan datuk bandar dari tahun 2020 hingga 2021.

Tiada kemaafan buat pihak berkuasa yang tidak kompoten

Pada 2021 terdapat berita lagi tetapi kali ini mengenai seorang penunggang motosikal berusia 75 tahun yang kehilangan nyawanya akibat jalan berlubang.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Zulkefly Yahya dipetik sebagai berkata kejadian pada pukul 7.30 pagi itu berlaku apabila mangsa Ho Yan Fee sedang menunggang dari Taman Connaught ke Mid Valley.

Ho datang dari arah Pandan Perdana dan melalui lorong tengah jalan tiga lorong apabila terlanggar jalan berlubang menyebabkan dia tercampak sejauh kira-kira 30 meter. Ho meninggal dunia di tempat kejadian.

Zulkefly berkata kemalangan itu disebabkan oleh jalan berlubang di lorong tengah.

Kemalangan dan kematian akibat jalan berlubang dan kerja jalan yang buruk bukanlah perkara baru di Malaysia. Soalan yang tidak pernah dijawab oleh mana-mana kerajaan yang dipilih adalah “kenapa?”

Adakah pihak berkuasa hanya perlu menjalankan tugas mereka apabila seorang VIP mengalami kecederaan akibat jalan berlubang seperti yang berlaku dengan seorang menteri yang menyebabkan Kementerian Kerja Ray, melalui Jabatan Kerja Raya membaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam di bawah kempen “Aku Janji Zero Potholes”.

Kementerian dalam satu kenyataan berkata kempen “Aku Janji Zero Potholes” yang dijalankan dari 2016 hingga 2018 kembali semula selepas kejatuhan menteri tersebut.

Menerusi kempen ini pembaikan jalan berlubang akan dilakukan dalam tempoh 24 jam selepas penemuan atau aduan, manakala pembaikan kekal akan dilakukan dalam tempoh tiga hari seperti yang dinyatakan dalam kontrak Penyelenggaraan Jalan Persekutuan. – 10 Julai, 2024.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen