TIMBALAN pengerusi Majlis Penasihat PKR Syed Husin Ali meninggal dunia awal pada dinihari, menurut anggota keluarganya.
Perkara itu turut disahkan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang memuatkan makluman itu di media sosial.
Jenazah allahyarham dijangka akan disembahyangkan di Masjid Kampung Tunku pagi ini dan seterusnya disemadikan di Kota Damansara.
Mantan profesor di Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya itu pernah mendidik ramai pemikir dan pemimpin ulung negara termasuk Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Beliau pernah ditahan selama enam tahun bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri sejak 1974 atas kelantangannya memperjuangkan isu kemiskinan petani Baling, Kedah.
Sarjana ulung itu juga antara lain mengarang buku-buku penting seperti The Malays: Their Problems and Future (1981) dan Two Faces: Detention Without Trial (1996).
Beliau juga mengarang Raja-Raja Melayu: Kemajuan atau Kemunduran? (2014) dan Sejarah Rakyat Malaysia: Khususnya Perkembangan Nasionalisme (2017). – 29 Jun, 2024.
MENYUSUL
Komen