MICROSOFT mendedahkan Xbox One X semalam- menyifatkannya sebagai konsol permainan video terbaik dunia sekaligus meningkatkan persaingan untuk penguasaan pasaran konsol permainan video dengan pesaing utamanya, PlayStation.
Produk yang berharga AS$ 499 (RM2126.99) itu dibina dengan keupayaan untuk dimainkan menerusi televisyen 4K definisi ultra tinggi dan akan mula dijual di seluruh dunia pada 7 November depan, menurut kenyataan Ketua Pasukan Xbox Phil Spencer.
Dia memperkenalkan XBox One X yang ditunggu ramai, dikenali sebagai Scorpio sewaktu fasa pembangunan konsol video itu, di sebuah acara Microsoft yang diadakan sebelum perasmian pembukaan Ekspo Hiburan Elektronik (E3) di Los Angeles.
Microsoft juga melancarkan 42 permainan terbaru, dengan 22 daripadanya dibangunkan khusus untuk dimainkan menerusi konsol XBox One.
Permainan video menerusi skrin 4K samada di telivisyen atau monitor komputer peribadi dijangka akan menjadi tarikan semasa E3 minggu ini. Teknologi itu membolehkan visual berdefinisi tinggi yang akan membuka jalan kepada corak permainan virtual realiti. – AFP, 12 Jun, 2017.
Komen