HUBUNGAN negeri-persekutuan di Malaysia sudah sekian lama terikat kuat dalam Perlembagaan Persekutuan, kata peguam perlembagaan yang menggesa rakyat Malaysia terutama generasi muda, untuk belajar tentang pembentukan negara.
Mereka berkata adalah penting untuk melindungi dan mematuhi Perlembagaan Persekutuankerana ia adalah asas untuk kita maju sebagai sebuah negara.
Peguam Malik Imtiaz Sarwar berkata penting untuk rakyat Malaysia mengiktiraf dan memahami sejarah negara.
Beliau berkata sejarah perlu diingatkan semula untuk pemahaman lebih baik terhadap konteks mengapa perlembagaan itu diperlukan.
Malik berkata perjalanan Perlembagaan Persekutuan boleh dikesan sejak 1946 ketika Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu diwujudkan oleh Persidangan Pleno British–Melayu antara Jun dan Disember 1946.
Persidangan Pleno itu mengeluarkan buku 100 halaman dinamakan “Buku Biru”.
Ia ditandatangani pada 21 Januari, 1948 di King House oleh Raja-Raja Melayu dan Sir Edward Gent sebagai wakil kerajaan British.
“Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 akan menjelaskan titik permulaan perlembagaan. Ia kemudian diteruskan menerusi perjanjian 1957, di mana ia hasil perbincangan antara gabungan Perikatan, Raja-Raja Melayu dan British.
“Suruhanjaya Reid mengesyorkan dan mencadangkan perlembagaan, dengan Perikatan mencadangkan pengubahsuaian Kertas Putih. Ia membawa kepada Perlembagaan Persekutuan ditubuhkan,” katanya dalam satu temubual.
Latar belakang sejarah
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengatasi perjanjian yang dibuat ketika mencipta Malayan Union, dan disediakan untuk penutubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari, 1948.
Kedudukan Raja-Raja Melayu dikembalikan.
Persekutuan Tanah Melayu merdeka daripada pemerintahan penjajahan British dan menjadi ahli bebas Negara-Negara Komanwel pada 31 Ogos, 1957.
Pada Mac 1956, satu suruhanjaya bebas ditubuhkan untuk merangka perlembagaan itu untuk Tanah Melayu yang merdeka dan mampu mentadbirkan sendiri negara sepenuhnya.
Suruhanjaya itu diketuai Lord Reid dan terdiri daripada pakar perlembagaan dari negara Komanwel lain yang dilantik oleh Ratu Elizabeth II dan Raja-Raja Melayu.
Suruhanjaya itu bersidang sebagai 118 kali dan menerima 131 memorandum daripada individu dan organisasi termasuk Perikatan dan Persidangan Raja-Raja Melayu. – 25 Jun, 2024.
Berita penuh di sini.
Komen