Fokus pemilihan MIC adalah perebutan jawatan naib presiden


Pemilihan parti MIC akan diadakan pada 6 Julai bagi penggal 2024-2027 dan fokus utama adalah untuk tiga jawatan naib presiden. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Jun, 2024.

PARTI kaum India, MIC membuat satu lagi cubaan untuk kekal relevan selepas lebih sedekad dilihat lemah apabila masyarakat India beralih kesetiaan kepada Pakatan Harapan (PH).

Dalam PH, sokongan dikongsi antara PKR dan DAP, dengan jumlah wakil rakyat lebih banyak berbanding MIC sekarang.

MIC pada masa ini sedang bersiap sedia untuk pemilihan parti pada 6 Julai bagi penggal 2024-2027.

Dua jawatan tertinggi – Presiden SA Vigneswaran dan timbalannya M Saravanan tidak akan dicabar demi perpaduan.

Oleh itu, fokus utama pemilihan adalah untuk tiga jawatan naib presiden.

Penyandang jawatan itu, T Mohan, T Murugiah dan M Asojan akan dicabar oleh Nelson Rengganathan, muka baharu dalam lingkungan kepimpinan parti itu.

Nelson adalah bekas ketua Pemuda MIC tetapi meletak jawatan pada 2002 atas sebab peribadi, kemudiannya kembali selepas dipujuk Vigneswaran.

Beliau dikatakan bakal pemimpin MIC pada masa depan.

Nelson, yang juga senator dan pengerusi biro pendidikan parti, memulakan kempennya lebih awal dengan bertemu ketua bahagian dan cawangan di seluruh negara.

Sumber dalaman parti berkata pertandingan jawatan naib presiden bakal sengit kerana semua calon mengintai peluang untuk menjadi naib presiden pertama.

Vigneswaran kini memasuki penggal ketiga iaitu penggal akhir. Ada isyarat menunjukkan timbalannya, Saravanan berminat untuk mengisi jawatan tertinggi parti pada pemilihan selepas 2027.

Sumber berkata naib presiden MIC pertama akan mempunyai peluang lebih baik “naik pangkat” dalam hirarki parti jika dan apabila ada kekosongan untuk dua jawatan tertinggi.

Bagaimanapun, ramai dalam parti turut mempersoalkan “muka lama” yang mana bakal mengetuai parti untuk berdepan pilihan raya umum akan datang.

“Pemimpin kita sama saja, walaupun jika Nelson menang. Parti sepatutnya membenarkan pertandingan untuk semua jawatan. Dengan cara itu lebih banyak muka baharu akan muncul.

“Apa perkara baharu kepimpinan sekarang boleh buat berbanding apa yang mereka lakukan sejak 2018? Kami sering diketepikan oleh parti pemerintah dan masyarakat dan ini akan berterusan jika kami tidak melakukan perbezaan yang drastik,” kata ketua bahagian yang enggan namanya didedahkan.

Hilang sokongan masyarakat India

Pemimpin parti menyebut tentang parti perlu jadi baharu untuk kembali relevan.

Dengan hanya seorang ahli Parlimen – Saravanan adalah ahli Parlimen Tapah – parti itu bukan sebahagian daripada kerajaan Anwar Ibrahim. – 24 Jun, 2024.

berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen