Ekonomi terjejas jika putus hubungan dengan syarikat dikaitkan dengan Israel?


PERKASA merujuk kepada artikel yang disiarkan Malaysiakini.

Perkasa berasa terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh perdana menteri mengenai ekonomi negara akan terjejas jika memutuskan hubungan dengan syarikat yang mempunyai kaitan dengan Israel.

Perkasa ingin mendapatkan penjelasan dari perdana menteri adakah selama ini Malaysia mempunyai hubungan perniagaan dengan Israel? Jika ada Perkasa menggesa perdana menteri untuk senaraikan syarikat syarikat Israel yang mempunyai hubungan dengan Malaysia.

Sebagai sebuah negara Islam seperti Malaysia, kita seharusnya lebih peka dan sensitif dengan kehidupan rakyat palestin yang hampir setiap hari bermandikan darah dengan pembunuhan kejam yang dibuat Israel.

Dakwaan negara akan terjejas dari segi ekonomi juga adalah dakwaan yang pendek akal.

Sebab sebelum ini negara Malaysia maju adalah disebabkan kebijaksanaan perdana menteri mengawal ekonomi negara dengan baik.

Perkasa berharap perdana menteri untuk berhenti mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya dikeluarkan dan lebih baik perdana menteri berikan fokus sepenuhnya penderitaan yang sedang rakyat alami akibat kenaikan kos sara hidup yang tinggi akibat ini.

Kerajaan yang ada pada hari ini di lihat sebagai sebuah kerajaan yang gagal apabila gagal melaksanakan janji janji atau manifesto untuk mengurangkan beban rakyat selama ini. Ini juga dapat di buktikan dengan kenaikan harga barang yang naik setelah harga diesel naik baru baru ini.

Kerajaan juga seharusnya memikirkan faktor keselamatan negara kerana kita tidak perlukan pengumuman tapi lebih kepada pelaksanaan.

Ini ekoran hubungan perniagaan MAHB dengan syarikat Blackrock iaitu sebuah syarikat zionis yang membekalkan keperluan senjata kepada Israel bagi memusnahkan bumi Palestin.

Perkasa berharap perdana menteri agar lebih peka kepada implikasi jangka masa panjang apabila menjual aset negara seperti MAHB kepada syarikat Blackrock kerana ini juga ancaman negara dari segi kedaulatan dan keselamatan kepada negara tercinta.

* Irwan Fahmi Ideri adalah ketua penerangan Perkasa.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen