DUA lelaki dari Kedah yang bekerja untuk sub kontraktor di tapak Empangan Bakun di Belaga, Sarawak ditemui lemas dalam insiden bot karam.
Mayat A. Rhuban, 30, and P. Balavishnu, 34, ditemui di Sungai Menjawah di takungan empangan itu, kata Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak.
Dua mangsa terbabit adalah antara kumpulan lima lelaki yang ke jeram Sungai menjawah pada petang Ahad untuk bersiar-siar.
“Bot panjang yang digunakan karam di tengah sungai selepas dibawa arus deras,” kata jabatan itu.
Tiga lagi penumpang bot itu berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung.
Rhuban dan Balavishnu bagaimanapun dibawa arus.
Bomba Belaga menjalankan operasi mencari dan menyelamat dengan bantuan penduduk kampung.
Mayat Rhuban ditemui pagi ini di sungai manakala mayat Balavishnu ditemui semalam. – 19 Jun, 2024.
Komen