Pengislaman bawah umur: Bagaimana jika sebaliknya berlaku?


Pendakwah Firdaus Wong bercakap dengan seorang guru tentang cara menukar agama pelajar sekolah menengah dalam video yang dimuat naik di aplikasi TikTok.– Gambar Facebook, 11 Jun, 2024.

KLIP video pendakwah Islam kontroversi Firdaus Wong menasihati seorang guru untuk menukar agama kanak-kanak di bawah umur secara rahsia di sekolah mengejutkan beberapa pihak.

Beberapa kumpulan masyarakat sivil meluahkan rasa kecewa dan tidak puas hati mereka dengan nasihat yang diberikan oleh Firdaus.

Mereka berkata apa yang dinasihatkan Firdaus jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan merupakan satu tindakan jenayah apabila meminta untuk mengislamkan kanak-kanak di bawah umur tanpa kebenaran ibu bapa.

Di bawah Perkara 12(4), agama seseorang yang berumur di bawah 18 tahun hendaklah diputuskan oleh ibu bapa atau penjaganya.

Pada 29 Januari 2018 Mahkamah Persekutuan dalam kes M. Indira Gandhi memutuskan perkataan “ibu bapa” dalam Perkara 12(4) akan ditafsirkan sebagai “ibu bapa” jika kedua-duanya masih hidup.

Indira mencabar penukaran agama unilateral tiga anaknya kepada Islam oleh bekas suaminya mualaf Islam tanpa pengetahuan atau persetujuannya.

Dalam erti kata lain, Mahkamah Persekutuan pada 2018 memutuskan dalam kes Indira bahawa bagi kanak-kanak yang dilahirkan dalam perkahwinan sivil atau pasangan yang kedua-duanya bukan Islam, persetujuan ibu dan bapa (jika kedua-duanya masih hidup) diperlukan sebelum sijil memeluk Islam boleh dikeluarkan kepada kanak-kanak tersebut.

Ini jelas membuktikan nasihat Firdaus mengenai penukaran agama di bawah umur adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Mengapa pihak berkuasa berdiam diri mengenai perkara ini?

Mengapa Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang juga jurucakap kerajaan membisu mengenai perkara tersebut?

Berita penuh di sini.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen