Bekas menteri pendidikan meninggal dunia 


Bekas menteri pendidikan, Musa Mohamad meninggal dunia pada usia 81 tahun akibat kanser darah. – Gambar Facebook, 9 Jun, 2024.

BEKAS menteri pendidikan Musa Mohamad, 81, yang juga bekas naib canselor Universiti Sains Malaysia (USM), meninggal dunia pada Sabtu.

Aisya Natasha Musa berkata bapanya yang menghidap Multiple Myeloma (kanser darah) menghembuskan nafas terakhir pada 7.12 malam, lapor Bernama.

“Dia meninggal dunia akibat Multiple Myeloma dan akan dikebumikan esok, Insya-Allah,” katanya ringkas.

Musa kelahiran Bagan Datuk itu adalah bukan ahli politik pertama memegang jawatan Menteri Pendidikan dari 1999-2004.

Selain berkhidmat di USM, beliau juga pernah memegang beberapa jawatan penting lain termasuk sebagai presiden Pertubuhan Menteri-menteri Pendidikan Antarabangsa dari 2011 hingga 2003.

Musa juga merupakan bekas pengerusi Universiti Multimedia dan pengerusi Majlis Universiti UCSI. – 9 Jun, 2024.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen