Kertas siasatan kes pemandu OKU diserang pengawal peribadi dihantar ke AGC, kata KPN


Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata 12 individu dipanggil untuk membantu siasatan kes serangan pemandu OKU diserang pengawal keselamatan VIP. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Jun, 2024.

POLIS menghantar kertas siasatan berhubung dakwaan serangan pemandu e-hailing berstatus orang kurang upaya (OKU) membabitkan pengiring Pemangku Sultan Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata 12 individu dipanggil untuk membantu siasatan.

Mereka termasuk mangsa yang didakwa, pengiring keselamatan, pekerja hotel, kakitangan Unit Tindakan Khas (UTK), doktor dan pengarah operasi Grab.

“Walaupun mangsa pada mulanya menarik balik laporan polis, berdasarkan rakaman lanjut kenyataannya, dia mahu meneruskan kes itu,”

“Kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) pada 8.30 pagi semalam untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Beliau juga menyatakan suspek tidak mempunyai sebarang rekod tatatertib.

Jumaat lalu KPN menegaskan polis akan menjalankan siasatan menyeluruh berdasarkan perkembangan terkini dan memanggil semua pegawai yang terlibat dalam kes itu dengan segera untuk membantu.

Ong dipanggil oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard pagi ini dan diiringi peguam Lawyers For Liberty Latheefa Koya dan N Surendran memasuki Bukit Aman pada 10.45 pagi.

Dalam kejadian 28 Mei, Ong, seorang pemandu e-hailing membuat laporan polis pada hari yang sama mendakwa dia diserang oleh salah seorang pengiring Tunku Ismail ketika menunggu pelanggan di lobi Hotel St Regis di KL Sentral.

Sementara itu peguam N Surendran berkata polis menunjukkan pengiring yang memukul Ong “terkait” dengan pasukan polis.

“Ia adalah petunjuk yang diberikan kepada kami, anda tahu, tetapi pengesahan identiti dan semua itu, saya fikir kita perlu menyerahkannya kepada polis.

“Mereka sedang menjalankan siasatan. Saya tidak mahu bercakap banyak tentang itu, tetapi itulah petunjuk yang diberikan,” kata Surendran yang mewakili mangsa berusia 46 tahun itu. – 5 Jun 2024.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen