Kerja penyelenggaraan loji air Sg Selangor dijangka siap 7 malam ini


Air Selangor berkata kerja penyelenggaraan yang bermula pada pukul 9 pagi dijangka siap pada 7 malam. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Jun, 2024.

KERJA-KERJA penyelenggaraan loji rawatan air Sungai Selangor fasa 1 yang bermula pagi tadi dijangka siap petang ini, kata Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Mereka berkata kerja yang bermula pada pukul 9 pagi itu dijangka siap pada 7 malam.

“Bekalan air akan dipulihkan secara berperingkat bermula 3 pagi Khamis setelah sistem pengagihan air utama stabil,” katanya.

Katanya 20% pengguna dijangka mendapat bekalan air mereka pada pukul 3 petang Khamis dan 90% pada pukul 3 pagi Jumaat.

Pemulihan penuh bagi kawasan yang terjejas dijangka menjelang tengah hari Jumaat, menurut kenyataan Air Selangor.

Untuk maklumat lanjut tentang gangguan bekalan air, pengguna boleh melayari https://waterupdates.airselangor.com.

Pengguna juga boleh mendapatkan kemas kini daripada aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau menghubungi Air Selangor di 15300 atau layari https://airselangor.com. – 5 Jun, 2024.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen