Mencari penawar untuk sistem kesihatan kita


Mustafa K. Anuar

Pada masa ini UiTM dan Institut Jantung Negara menjalinkan program kerjasama untuk menghasilkan pakar bedah kardiotoraks – satu-satunya program seumpama itu di negara ini. – Gambar Facebook, 5 Jun, 2024.

IA memang dijangka berlaku ketika pihak berkuasa masih sibuk berbahas tentang tindakan penyelesaian yang perlu diambil berhubung isu kekurangan pakar bedah kardiotoraks dalam sistem penjagaan kesihatan negara.

Di tengah-tengah kekecohan itu, dua hospital di London, Hospital Diraja Brompton dan Hospital Kanak-kanak Great Ormond Street, dilaporkan menawarkan kerja kepada dua graduan pembedahan kardiotoraks tempatan yang terbabit dalam tuntutan saman berhubung isu parallel pathway.

Isu itu membabitkan program parallel pathway untuk latihan kepakaran pembedahan kardiotoraks yang dikendalikan Kementerian Kesihatan (KKM) dnegan kerjasama kolej diraja luar negara. Malangnya, program itu tidak diiktiraf Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

Sementara itu, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Institut Jantung Negara (IJN) menjalinkan program kerjasama untuk menghasilkan pakar bedah kardiotoraks – satu-satunya program seumpama itu di negara ini.

Masalahnya adalah UiTM membantah idea membuka universiti itu untuk pakar bukan Bumiputera, walaupun untuk tempoh sementara sementara menunggu Universiti Malaya, untuk menyediakan program sama dalam masa terdekat.

Berdepan masalah itu, empat graduan daripada program pembedahan kardiotoraks bersama Kolej Pakar Bedah Diraja Edinburgh dan enam graduan Universiti Sains Malaysia dilaporkan menyaman MMC kerana enggan mendaftarkan mereka dalam Daftar Pakar Kebangsaan (NSR).

Dua graduan yang ditawarkan kerja itu, jika identiti kaum mereka memberikan kepentingan daripada segi politik, adalah Melayu. Ini menunjukkan pihak di luar negara mengiktiraf nilai kepakaran profesional mereka, tanpa mengira kaum dan latar belakang budaya.

Nampaknya, ada cubaan dibuat untuk memujuk dua individu terbabit untuk kekal di Malaysia, tetapi kekecewaan mereka terhadap kerjaya mungkin akan menyebabkan mereka menerima tawaran menarik itu.

Kita tentu boleh memahami mengapa pakar bedah terlatih ini bimbang tentang laluan kerjaya mereka. Masa depan mereka dalam pertaruhan.

Apa yang dibimbangkan adalah, pakar bedah lain akan mengikut jejak langkah itu, akibatnya menyebabkan kerugian untuk Malaysia dan negara luar dapat faedahnya. – 5 Jun, 2024.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen