Anwar zahir ucapan sempena Hari Keputeraan Agong 


Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong sempena hari keputeraan rasmi Baginda hari ini.– Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Jun, 2024.

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, sempena hari keputeraan rasmi Baginda hari ini.

Perdana menteri, bagi pihak kerajaan perpaduan, mendoakan agar raja, permaisuri dan seluruh kerabat diraja kekal dikurniakan kesihatan yang baik, kemakmuran dan kedaulatan.

“Semoga baginda kekal qarar memayungi negara dengan adil dan saksama serta terus berada pada kedudukan paling tinggi dalam Perlembagaan negara, seiring fungsi institusi diraja sebagai pelindung agama Islam dan menjadi lambang perpaduan dan kesejahteraan semua kaum di negara ini.

“Patik dan sekalian rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada institusi raja berperlembagaan. Dirgahayu Tuanku!” katanya. – 3 Jun, 2024.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen