Real Madrid rangkul kejuaraan Liga Juara-Juara


REAL Madrid memenangi Liga Juara-Juara buat kali ke-15 selepas menewaskan Borussia Dortmund 2-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Wembley pada Ahad.

Real Madrid berdepan tentangan sengit Dortmund sebelum dua gol penghujung separuh masa kedua sentuhan Dani Carvajal pada minit ke-74 diikuti Vinicius Junior pada minit ke-83. 

“Mereka memberikan tentangan dalam  permainan dan pada separuh masa kedua kami mula bermain lebih baik.

“Skuad ini membuatkan saya sangat berpuas hati kerana kami tidak selalu bermain yang terbaik tetapi kami tidak pernah berputus asa,” kata jurulatih Madrid, Carlo Ancelotti.

Ancelotti juga melebarkan rekodnya sebagai jurulatih paling berjaya dalam sejarah pertandingan dengan gelaran kelimanya. – 2 Jun, 2024.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen