SEBUAH kenderaan terbabas lalu melanggar pokok di Gereja St Ignatius di Petaling Jaya pada malam Jumaat lepas, lapor New Straits Times.
Dalam satu kenyataan paderi Fr Lawrence Ng berkata kejadian itu berlaku kira-kira jam 11.45 malam.
Ng berkata kenderaan itu dipandu melalui pintu pagar Gereja St Ignatius dan merosakkan beberapa meja dan kerusi yang berada di kawasan tempat letak kereta berbumbung sebelum merempuh sebatang pokok di gereja itu.
Ng berkata pemandu itu didapati tidak cedera dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Ng berkata beliau membuat laporan polis dan diberi jaminan siasatan akan dijalankan.
Beliau menggesa orang ramai agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang salah di media sosial.
“Kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya,” katanya. – 1 Jun, 2024.
Komen