Yeoh alu-alukan SPRM siasat kontrak diberikan kepada syarikat suami


Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh mengalu-alukan siasatan SPRM berhubung kontrak diberikan kepada syarikat yang dikaitkan dengan suaminya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 Jun, 2024.

MENTERI Belia dan Sukan Hannah Yeoh mengalu-alukan siasatan Suruhanjaya Siasatan Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung kontrak diberikan kepada syarikat yang dikaitkan dengan suaminya.

“Sekarang siasatan sudah bermula, saya mahu melihat kebenaran dan hasil siasatan ini. Malaysia berhak semua ini.

“Oleh itu, tidak elok untuk saya memberi ulasan kerana ia mungkin dilihat sebagai campur tangan dalam siasatan yang sedang dijalankan,” katanya, di mana ini kali pertama beliau bercakap mengenai isu itu. 

Beliau mengeluarkan satu kenyataan ringkas di Facebook.

“Malah sebenarnya atas sebab inilah saya tidak bercakap mengenai perkara ini lebih awal kerana pada pandangan saya cara terbaik mengendalikan dakwaan ini ialah dengan serahkan kepada pihak berkuasa menyiasatnya.

“Saya ingin ucapakan terima kasih kepada mereka yang bersolidariti dengan saya,” katanya.

Pelantikan Asia Mobiliti sebagai penyedia perkhidmatan untuk sistem Transit Responsif Permintaan Mobiliti Selangor (DRT) mendapat perhatian umum selepas syarikat itu dikaitkan dengan suami kepada Yeoh yang juga pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Asia Mobiliti Ramachandran Muniandy.

Memetik sumber The New Straits Times melaporkan agensi antirasuah itu menerima aduan baharu berhubung pelantikan suami menteri untuk projek pengangkutan oleh kerajaan Selangor.

Beliau berkata aduan dan maklumat itu memberikan petunjuk baharu yang memerlukan siasatan lanjut.

“Oleh itu siasatan mendalam sedang dijalankan untuk mengesahkan ketulenan petunjuk baharu ini.”

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi kertas itu mengesahkan beberapa aduan dan maklumat diterima berhubung perkara berkenaan.

“Orang ramai diingatkan supaya tidak membuat spekulasi atau membincangkan isu ini secara terbuka, tetapi memberi ruang kepada SPRM untuk menjalankan siasatan,” katanya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki pada Selasa berkata tiada keperluan untuk menyiasat kes itu kerana tiada jenayah dilakukan.

Beliau berkata ini kerana kontrak Inisiatif Mobiliti Selangor bukan dianugerahkan kepada syarikat itu oleh kementerian Yeoh tetapi oleh kerajaan negeri Selangor.

Bagaimanapun beliau menambah sekiranya petunjuk baharu wujud, siasatan lanjut mengenai perkara itu akan dimulakan. – 1 Jun, 2024.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen