Trump tangguh ke UK, takut lawatannya terima bantahan umum


Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata beliau akan hanya ke Britain jika masyarakat di sana menyokong lawatannya. – Gambar fail AFP, 11 Jun, 2017.

Theresa May menerusi telefon yang beliau tidak mahu datang sehinggalah masyarakat Britain menyokong lawatannya, lapor The Guardian.

Tindakan Trump menelefon perdana menteri Britain itu baru-baru ini mengejutkan May, menurut mereka yang turut berada di situ.

May menjemput Trump ke Britain tujuh hari selepas majlis perasmiannya sebagai perdana menteri apabila May menjadi pemimpin asing pertama melawatnya di White House.

Dalam sidang akhbar bersama, May menyampaikan jemputan daripada Ratu kepada Trump dan isteri Melania untuk melawat Britain dan “gembira presiden itu menerima jemputan berkenaan”.

Ramai diplomat kanan termasuk Lord Ricketts, bekas penasihat keselamatan negara berkata jemputan itu terlalu awal, tetapi mustahil untuk membatalkannya.

Usaha tradisional UK untuk menjadi jambatan antara AS dan Eropah menjadi semakin rumit sejak undi keluar Kesatuan Eropah tahun lalu dan sokongan Trump terhadap dasar yang menyebabkan sekutu Eropah bengang. – 11 Jun, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen