BAGI mereka yang menuntut perubahan bermakna dalam masyarakat kita, khususnya sejak 2018, niat kerajaan yang dilaporkan baru-baru ini berkenaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) 1984, sangat membimbangkan.
Perkara itu memang kurang disenangi orang awam, terutama bagi yang mereka yang berfikiran reformasi, apabila tahu pentadbiran madani tidak berniat untuk menepati janji pilihan rayanya, iaitu untuk memansuhkan legasi penjajah undang-undang menindas, termasuk PPPA.
Apa yang turut membimbangkan sekarang adalah kerajaan mempertimbangkan untuk meluaskan lagi kuasa PPPA bagi mengawal kandungan media online, di mana memang ketara ia adalah tindakan yang regresif.
Terdahulu menerusi kolum ini, sudah ditunjukkan betapa jahat undang-undang itu dalam mewujudkan persekitaran yang tidak kondusif untuk kebebasan media, perkembangan intelektual dan demokrasi.
Permit penerbitan yang dipegang oleh akhbar dan majalah ditarik balik atau digantung pada masa lalu ketika kuasa besar bengang dengan tindakan wartawan media cetak.
Dalam kata lain, membuat laporan atau komentari yang tidak disenangi pihak berkuasa, perlu ditapis, di mana dengan cara ini, wujud satu budaya penapisan diri yang berterusan.
Dengan niat terbaru kerajaan ini, media online akan berdepan nasib yang sama seperti media cetak, dengan pengamal media seringnya keresahan dalam membuat laporan.
Keadaan ini tentunya tidak baik untuk wartawan yang cenderung kepada kewartawanan penyiasatan.
Malah tanpa hasrat untuk meminda PPA sekalipun, sesetengah portal berita disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, tidak lama dulu kerana memuat naik pandangan yang tidak berpihak kepada kuasa berkenaan.
Jika benar ada rancangan untuk menambah kuasa kepada PPA, maka ia akan menggandakan rasa kecewa bagi mereka yang terlalu mengidam untuk perubahan berlaku di negara ini.
Undang-undang sedia ada seperti Akta Hasutan 1948, Kanun Keseksaan 1976 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 juga mengenakan sekatan kepada kebebasan media dan bersuara.
Semua ini bukan bermakna tidak perlu ada sekatan kepada wartawan.
Sudah pun ada undang-undang untuk menangani sebarang cubaan menyalahgunakan kebebasan media, contohnya fitnah. Tetapi undang-undang fitnah juga dijadikan senjata kepada wartawan yang membuat laporan penyiasatan.
Eksploitasi isu 3R (kaum, agama dan institusi diraja) oleh pihak tertentu juga membimbangkan kerana ia memecahkan masyarakat.
Pengkritik bimbang dalam usaha kerajaan untuk melawan salah guna 3R, tetapi pada sesetengah keadaan, ia akan menutup niat sebenarnya untuk menyekat kebebasan media.
Perlu ada garis panduan jelas dalam tindakan ini untuk memastikan apa yang boleh dikatakan melampaui batas. – 30 Mei, 2024.
Berita penuh di sini.
Komen