BEKAS ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sekali lagi menekankan keperluan tender terbuka diamalkan secara konsisten di negeri itu bagi projek awam, kerana ia menjana pendapatan dan menjimatkan kos.
Bercakap di sidang dewan undangan negeri, Lim (Pakatan Harapan-Air Putih) berkata tender terbuka juga boleh mengurangkan defisit fiskal di mana Pulau Pinang kini bertahan walaupun rekod menunjukkan pelaburan langsung asing yang tinggi.
Lim memetik baki akaun semasa defisit menurun RM825 juta sejak empat tahun lalu, daripada RM1.15 bilion pada 2019 kepada RM330 juta tahun lalu.
Ini mungkin dapat diatasi jika kerajaan negeri mengamalkan sistem tender terbuka untuk projek strategik, katanya.
Lim memetik contoh kontroversi berhubung tanah seluas 559 ekar di Byram Estates di Batu Kawan, yang diberikan secara rundingan langsung, bukan tender terbuka oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).
Ia dipersoalkan dalam satu lidah pengarah oleh akhbar ekonomi tentnag bagaimana tender terbuka dikuatkuasakan dalam urus niaga dan susulan desakan orang ramai, negeri itu dipaksa menukar keputusan sebelumnya dan beralih kepada tender terbuka.
Lim berkata hasilnya adalah tender itu dapat meraih RM780 juta, iaitu 21% lebih tinggi berbanding undingan terus untuk tanah yang sama. – 28 Mei, 2024.
Berita penuh di sini.
Komen