AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Bakap Nor Zamri Latiff meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya hari ini.
Setiausaha PAS Pulau Pinang mengesahkan kematian ulama parti tersebut hari ini, sewaktu Dewan Undangan Negeri kembali bersidang.
Nor Zamri terlantar lebih sebulan di unit rawatan rapi di hospital tersebut bagi rawatan berkaitan masalah pencernaan.
Allahyarham memenangi kerusi tersebut pada Ogos lalu dengan majoriti 1,563 undi apabila menewaskan calon Pakatan Harapan Nurhidayah Che Rose.
Satu pilihan raya kecil dijangka bakal berlangsung ekoran kematian itu. – 24 Mei, 2024.
Komen