Bekas setiausaha politik Hamzah Zainuddin didakwa terima rasuah


Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad didakwa dua pertuduhan rasuah menerima suapan RM350,000 pada 2020. – Gambar Facebook, 23 Mei, 2024.

BEKAS setiausaha politik kepada ketua pembangkang, Hamzah Zainudin mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan menerima suapan RM350,000 pada 2020.

Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad, 42, didakwa mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama.

Tertuduh didakwa menerima wang rasuah berjumlah RM350,000 daripada Pengarah Urusan Syarikat Nexuscorp Group Sdn Bhd, Wan Azhar Mohamed Yusof, sebagai upah bagi mendapatkan tender pembekalan alat baiki untuk Polis Diraja Malaysia, Kementerian Dalam Negeri berjumlah RM381 juta.

Kesalahan didakwa dilakukan di pejabat Yayasan di Solaria di Kuala Lumpur pada 4 dan 16 Disember, 2020.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Zander Lim sementara tertuduh diwakili peguam Yunos Shariff.

Mahkamah menetapkan 12 Julai untuk sebutan kes. – 23 Mei, 2024.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen