TERLALU sukar untuk kebebasan berlaku di Malaysia, sama ada untuk peribadi atau hak terhadap maklumat. Maka itu sebabnya, kedudukan negara ini jatuh teruk dalam Indeks Kebebasan Media Dunia, dari tempat ke-73 pada 2023 kepada tangga ke-107.
Tidak tepat untuk menyalahkan kerajaan Anwar Ibrahim semata-mata atas kehilangan kebebasan media di negara ini.
Media di Malaysia amalkan etika kewartawanan atau tidak? Adakah wartawan bangga dengan kerja mereka, atau mereka sekadar bekerja hanya demi gaji?
Berapa banyak media, sama ada aliran perdana atau portal yang berani mempertikaikan kerajaan madani berkenaan fenomena kematian mengejut yang mencengkam negara atau kesan sampingan akibat suntikan Covid-19?
Adakah etika kewartawanan jadi seperti sumpah Hippocratic yang terjejas teruk di tangan pentadbiran madani?
Sungguh malang apabila asas dalam etika kewartawanan seperti kebenaran, ketepatan dan objektiviti menjadi tidak relevan. Adakah berita “panas dan sensasi” dan peristiwa penting menjadi perkara biasa?
Indeks tahunan Reporters Without Borders (RSF) yang memberi penarafan kepada kebebasan media dan kewartawanan di 180 negara memberi Malaysia mata 52.07 berbanding 62.83 tahun lalu.
Sementara negara jiran Thailand bertambah baik dengan lonjakan ke tempat ke-87 daripada tangga 106, menjadikan ia negara teratas di rantau Asia.
Ironinya, nasib sistem pendidikan di Malaysia juga sama. Pada 2014, Bank dunia berkata negara miskin seperti Vietnam dapat menewaskan Malaysia dengan jurang yang ketara.
Pada masa itu Bank Dunia berkata:
“Kualiti kemahiran kognitif pelajar Malaysia, diukur mengikut ujian piawaian antarabangsa, tidak setaraf dengan aspirasi negara itu untuk menjadi ekonomi berpendapatan tinggi.”
Sedekad berlalu, Bank Dunia sekali lagi memberi amaran berkenaan sistem pendidikan Malaysia yang suram, berkata kanak-kanak tidak menerima pendidikan mencukupi walaupun menghabiskan banyak masa di sekolah.
Adakah media tempatan hanya sekadar melaporkan laporan Bank Dunia atau adakah ia punya keberanian untuk mempertikaikan kerajaan berkenaan bagaimana dan di mana bajet pendidikan negara benar-benar digunakan?
Dalam laporan “Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills”, Bank negara mendedahkan purata kanak-kanak Malaysia berada di sekolah selama 12.5 tahun tetapi pembelajarannya hanya setaraf dengan 8.9 tahun.
Berbanding dengan Vietnam yang mempunyai peruntukan pendidikan lebih kecil berbanding Malaysia tetapi mampu menawarkan pelajarnya 12.9 tahun persekolahan untuk pembelajaran setarat 10.7 tahun.
Bagi Singapura, purata kanak-kanak bersekolah selama 13.9 tahun dan pembelajaran sama seperti 12.8 tahun.
Bank Dunia berkata pada usia 15 tahun, pelajar rakyat Malaysia jauh ketinggalan berbanding rakan sebaya mereka di negarai seperti Hong Kong, China, Jepun dan Singapura dalam aspek membaca, matematik dan sains, mengikut ukuran penilaian antarabangsa.
Bukankah pendedahan mengejutkan Bank Dunia ini sepatutnya mendoron media Malaysia untuk mendesak penjelasan daripada Anwar? – 20 Mei, 2024.
Berita penuh di sini.
Komen