KERAJAAN Malaysia dan Thailand seperti tidak berminat untuk menyelesaikan konflik berterusan di selatan Thailand untuk memberikan autonomi kepada Melayu Islam di wilayah itu, kata P Ramasamy.
Ramasamy yang juga pakar dalam isu geopolitik, berkata tidak ada perkembangan berkenaan rundingan damai di situ.
Rundingan damai pada masa ini antara kerajaan Thailand dan kumpulan pemberontak yang diwakili Barisan Revolusi Nasional (BRN) diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia.
Ramasamy berkata Malaysia melantik pegawai perkhidmatan awal untuk menyelia beberapa pusingan rundingan damai antara pihak yang berkaitan konflik itu.
“Setakat ini tidak ada perkembangan dalam rundingan damai itu. Ketika kunjungan saya ke Pattani baru-baru ini, saya bertemu beberapa kumpulan Melayu Islam yang bimbang dengan hala tuju politik dalam rundingan damai itu,” katanya yang juga bekas pemimpin DAP dalam satu kenyataan.
Beliau berkata kesahihan BRN menjadi penyelia kumpulan pemberontak yang terbabit dalam rundingan itu turut dipertikaikan.
Katanya, ada kebimbangan yang BRN mungkin tidak mewakili hasrat kolektif kebanyakan umat Islam Thailand.
“Kumpulan yang saya temui berasakan kerajaan Malaysia merencanakan proses damai dengan terlalu memberi nasihat kepada pemimpin BRN.
“Memandangkan pemimpin BRN mempunyai dua identiti di kedua-dua Thailand dan Malaysia, wujud kesukaran untuk mereka mengambil pendirian yang bebas.
Beliau berkata kerajaan Thailand agak fleksibel dalam memenuhi tuntutan budaya dan agama Melayu Islam, asalkan isu autonomi politik tidak disentuh. – 16 Mei, 2024.
Berita penuh di sini.
Komen