Mesej tular dakwa AS kenakan sekatan ke atas Malaysia palsu, kata kedutaan


MESEJ tular yang mendakwa Malaysia adalah negara anggota Asean pertama disekat oleh Amerika Syarikat adalah palsu, menurut Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur.

Kedutaan mengeluarkan amaran berita palsu di aplikasi X.

“Amerika Syarikat tidak mengenakan sebarang sekatan baharu ke atas syarikat Malaysia mahupun menyenaraikan Malaysia sebagai negara penaja keganasan.

“Mesej yang tersebar di WhatsApp dan media sosial lain adalah berita palsu,” kata kedutaan itu.

Secara berasingan, Reuters menafikan menyiarkan laporan yang disebarkan secara meluas melalui WhatsApp, mendakwa bahawa AS telah menjadikan Malaysia negara pertama di rantau ini yang disenaraikan sebagai penaja negara keganasan.

“Sebarang dakwaan yang Reuters melaporkan bahawa Malaysia adalah negara pertama di Asia Tenggara yang disenaraikan oleh Amerika Syarikat sebagai penaja negara keganasan adalah palsu,” kata agensi berita itu dalam platform Xnya. – 11 Mei 2024.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen