Adun Sungai Bakap masih di ICU tapi stabil


Semalam, media melaporkan Nor Zamri terpaksa ditidurkan di ICU Hospital Seberang Jayasejak kelmarin akibat keradangan dalam perut. – Gambar Facebook, 2 Mei, 2024.

ADUN Sungai Bakap Nor Zamri Latiff yang semalam ditidurkan akibat keradangan dalam perut dilaporkan kini berada dalam keadaan stabil.

Wakil rakyat daripada PAS itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ) pada Selasa.

Setiausaha PAS Pulau Pinang Iszuree Ibrahim dipetik Sinar Harian berkata Nor Zamri ditidurkan agar beliau dapat berehat serta untuk menstabilkan keadaan kesihatannya.

“Beliau ditidurkan untuk membolehkan (beliau) berehat dan kestabilan kesihatan khususnya penyakit yang dihadapi iaitu diabetes dan darah tinggi.

“Maklumat terkini yang saya terima, beliau stabil setelah beberapa prosedur dijalankan,” katanya.

Semalam, media melaporkan Nor Zamri terpaksa ditidurkan sejak kelmarin. Beliau dikatakan mengalami sakit perut dan pergi ke Hospital Sungai Bakap untuk menerima rawatan sebelum dipindahkan ke HSJ.

Nor Zamri ditidurkan selepas doktor mendapatkan kebenaran ahli keluarga. – 2 Mei, 2024.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen