Zahid harap MCA berkempen untuk KKB


Pang Sock Tao dari DAP (tengah) akan mempertahankan kerusi itu untuk PH di PRK Kuala Kubu Bharu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 27 April, 2024.

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi berharap MCA akan mengubah keputusannya untuk tidak berkempen bagi calon gabungan perpaduan itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.

Presiden Umno itu berkata beliau berharap MCA akan berubah fikiran dan berkempen untuk saingan politik lamanya DAP yang mempertahankan kerusi itu.

Beberapa pemimpin MCA berkata mereka tidak akan berkempen untuk calon DAP dan menyebut beberapa sebab termasuk kata-kata penghinaan yang dibuat oleh pemimpin DAP di MCA.

“Kami faham perasaan mereka. Bagaimanapun, kami berharap keadaan akan berubah apabila ‘kedinginan’ (terhadap DAP) reda,” kata Zahid kepada media pagi tadi semasa penamaan calon.

Pang Sock Tao dari DAP akan mempertahankan kerusi itu untuk PH.

DAP memegang kerusi itu sejak 2013.

PRK KKB akan diadakan pada 11 Mei ini selepas kematian Adun tiga penggal Lee Kiong Hiong daripada DAP.

Pada pilihan raya Selangor tahun lepas Lee memenangi kerusi Pakatan Harapan dalam pertembungan empat penjuru dengan calon PN, Muda dan Parti Rakyat Malaysia.

Mengenai klip video lama Pang yang mengkritik BN ketika berkempen pada pilihan raya umum lalu, Zahid berkata semua parti dalam kerajaan perpaduan perlu terus bergerak ke depan.

“Apa yang ada di hadapan kita ialah situasi politik baharu. Kita perlu menutup lembaran lama dan membuka lembaran baharu.”

Setiausaha publisiti DAP Teoo Nie Ching berkata video itu dari November 2022 sebelum pembentukan kerajaan perpaduan. – 27 April, 2024.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen