Anwar doakan kesembuhan Pak Lah


Perdana Menteri Anwar Ibrahim menerusi media sosial mendoakan kesihatan bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi yang dimasukkan ke IJN hari ini kerana mengalami masalah paru-paru.– Gambar fail The Malaysian Insight, 25 April, 2024.

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim memanjatkan doa untuk kesejahteraan Abdullah Ahmad Badawi yang telah dimasukkan ke hospital di Institut Jantung Negara (IJN).

Anwar di media sosialnya berdoa agar bekas perdana menteri yang lebih dikenali sebagai Pak Lah itu dijauhkan daripada sebarang kesulitan.

“Mendoakan Tun Abdullah Ahmad Badawi diberikan afiyah sesegera mungkin, dikurniakan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan, Insya-Allah,” katanya. 

Abdullah telah dimasukkan ke wad di unit rawatan kritikal (CCU) IJN selepas disahkan menghidap masalah paru-paru.

Menantunya, Khairy Jamaluddin berkata hari ini Abdullah dimasukkan ke hospital selepas disahkan menghidap pneumothorax spontan.

Khairy menambah Abdullah berada dalam keadaan stabil tetapi perlu dimasukkan ke dalam CCU untuk pemerhatian.

“Alhamdulillah, dia dalam keadaan baik tetapi memerlukan rehat yang cukup.

“Bagi pihak keluarga, kami menghargai doa dan kata-kata semangat anda. Bagaimanapun, beliau tidak dapat menerima pelawat buat masa ini,” kata Khairy, yang merupakan bekas menteri kesihatan. – 25 April, 2024.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen