Anwar nafi rancang buka kasino di Forest City, Johor


Forest City dilabel sebagai 'bandar hantu' oleh media antarabangsa walaupun kerajaan Johor menyatakan 70% daripada hartanah dalam projek itu telah dijual. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 April, 2024.

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim hari ini menafikan laporan Bloomberg News bahawa terdapat rancangan untuk membuka kasino di Forest City, Johor.

“Tidak benar, tidak benar. Lesen kasino…itu satu pembohongan,” katanya kepada pemberita di Putrajaya.

Beliau berkata demikian secara ringkas sebagai menjawab laporan Bloomberg hari ini yang memetik sumber sebagai berkata perdana menteri bertemu pengasas Berjaya Vincent Tan dan Lim Kok Thay dari Genting Group minggu lepas untuk membincangkan perkara itu.

Bloomberg melaporkan sebuah kasino akan memulihkan projek hartanah bernilai AS$100 bilion. – 25 April, 2024.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen