Amalan hak asasi manusia di Malaysia tidak berubah, kata laporan


Aktivis Myanmar Thuzar Maung dan keluarganya didakwa dilarikan beberapa lelaki tidak dikenali dari rumah mereka di negara ini pada 4 Julai. – Gambar Ihsan Human Rights Watch, 18 September, 2023.

HAK asasi manusia kekal tidak berubah di Malaysia sejak Laporan Negara berkenaan Hak Asasi Manusia sebelum ini, menurut Biro Demokrasi, Hak Asasi dan Buruh AS.

Bagaimanapun, laporan itu berbeza daripada tahun sebelum ini apabila tiada laporan berkenaan kerajaan atau ejennya melakukan pembunuhan salah, termasuk pembunuhan di luar kebenaran undang-undang, dan tiada laporan kehilangan individu dilakukan oleh pihak berkuasa kerajaan.

Bagaimanapun, ia menyatakan pada Julai polis menyiasat kehilangan aktivis hak pelarian dan demokrasi Thuzar Maung dan keluarganya, selain pemegang kad UNHCR yang dikatakan diculik awal Julai oleh beberapa lelaki bertindak seperti anggota polis.

Berkenaan diskriminasi terhadap wanita, agensi itu berkata kerajaan tidak menguatkuasakan undang-undang berkesan terhadap jenayah rogol.

Kumpulan Wanita mendakwa mahkamah tidak konsisten dalam menghukum perogol dan siasatan berkenaan tuduhan rogol dan keganasan berasaskan jantina tidak mencukupi, menurut laporan yang disiarkan hari ini.

Katanya, terlalu sedikit kebertanggungjawapan bagi dakwaan perogol.

Berkenaan kedudukan Malaysia berhubung badan pemantau bukan kerajaan dan antarabangsa serta siasatan salah laku terhadap hak asasi manusia, laporan itu menyatakan banyak organisasi hak asasi manusia sukar mendapatkan pengiktirafan kerajaan sebagai NGO.

“Tertakluk kepada kepelbagaian peringkatn sekatan kerajaan, kumpulan hak asasi manusia tempatan dan antarabangsa beroperasi, menyiasat dan menyiarkan hasil dapatan mereka berkenaan kes hak asasi manusia. Kerajaan tidak selalunya bekerjasama atau memberi respons kepada pandangan mereka,” kata laporan itu.

Kesannya adalah, banyak kumpulan seumpama itu berdaftar sebagai syarikat, yang menyebabkan terpaksa berdepan sekatan birokrasi dan undang-undang untuk membuka akaun, membayar gaji kakitangan dan mengumpul dana.

“Pihak berkuasa sering memetik masalah pendaftaran sebagai asas bertindak terhadap organisasi. Ada juga NGO melaporkan kerajaan memantau aktiviti mereka untuk menakut-nakutkan mereka.” – 23 April, 2024.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen