Lawrence Wong dilantik PM baharu Singapura mulai 15 Mei


Timbalan Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong akan mengambil alih jawatan daripada Perdana Menteri Lee Hsien Loong bermula 15 Mei depan. – Gambar fail EPA, 15 April, 2024.

TIMBALAN Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong akan mengambil alih jawatan daripada Perdana Menteri Lee Hsien Loong bermula 15 Mei depan.

The Straits Times Singapura melaporkan perkara itu diumumkan menerusi satu kenyataan dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Wong, 51, yang mula berkecimpung dalam bidang politik sejak 13 tahun lalu akan mengangkat sumpah pada 15 Mei, jam 8 malam di Istana, sebagai perdana menteri keempat.

Pada April 2021, Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat yang pada asalnya dijangka menjawat jawatan itu atas pilihan Pasukan 4G Parti Tindakan Rakyat (PAP) tetapi mengundi diri untuk memberi laluan kepada golongan lebih muda menerajui republic itu.

Pada konvensyen PAP yang diadakan pada November 2023, Lee yang menjadi perdana menteri sejak 20 tahun lalu, menyatakan hasratnya untuk menyerahkan jawatan itu kepada Wong sebelum pilihan raya umum yang dijadualkan sebelum November 2025.

Wong pula berkata beliau bersiap sedia untuk memikul tanggungjawab itu. – 15 April, 2024.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen