KPN sahkan suspek kes tembak di KLIA ditahan di Kota Baru


Ketua Polis Negara Razarudin Husain mengesahkan suspek insiden tembakan di KLIA semalam, ditahan kira-kira jam 3 petang tadi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 April, 2024.

HAFIZUL Hawari, 38, yang dikehendaki polis kerana disyaki terbabit dalam insiden tembakan di KLIA awal pagi semalam, ditahan di Kota Baru, Kelantan.

Ketua Polis Negara (KPN) Razarudin Husain yang mengesahkan penahanan itu, berkata Hafizul ditahan kira-kira jam 3 petang tadi.

“Ya, saya sahkan dia ditahan. Suspek ditahan 3 petang tadi di Kota Baru.

“Butiran lanjut akan dikongsikan kemudian,” katanya dipetik berkata dalam laporan News Straits Times. – 15 April, 2024.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen