IRAN menghantar lima pesawat membawa bekalanan makanan ke Qatar, menurut syarikat penerbangan Iran hari ini, beberapa hari selepas negara Teluk memutuskan hubungan pengangkutan air dan udara ke Qatar.
“Setakat ini lima pesawat membawa makanan seperti buah dan sayuran dihantar ke Qatar, setiap satu membawa kargo seberat kira-kira 90 tan, sementara pesawat lain akan dihantar hari ini,” kata jurucakap Iran Air, Shahrokh Noushabadi. – AFP, 11 Jun, 2017.
Komen