PBB akan adakan mesyuarat bincang kenaikan aras laut 


PERHIMPUNAN Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa menerima pakai resolusi untuk mengadakan mesyuarat peringkat tinggi bagi membincangkan isu mengenai ancaman kenaikan aras laut, lapor Xinhua.

Menurut resolusi itu, mesyuarat berkenaan akan diadakan di luar Perhimpunan Agung pada 25 September 2024.

Resolusi itu meminta presiden Perhimpunan Agung memuktamadkan mengenai urus setia mesyuarat berkenaan, termasuk dokumen mengenai hasil mesyuarat melalui perundingan terbuka, telus dan inklusif dengan negara ahli PBB. – Bernama, 17 Januari, 2024.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen