India lanjut duti import rendah bagi minyak boleh dimakan sehingga Mac 2025


INDIA semalam melanjutkan duti import rendahnya bagi minyak boleh dimakan sehingga Mac 2025.

Cukai import rendah bagi minyak sawit mentah (MSM), minyak bunga matahari dan minyak soya akan tamat tempoh pada Mac tahun ini.

Dengan pilihan raya Parlimen dijangka diadakan dalam tempoh beberapa bulan lagi, kerajaan India berusaha untuk mengawal harga barangan makanan utama.

Inflasi runcit meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh empat bulan iaitu 5.69 peratus pada Disember.

Pengimport minyak sayuran utama dunia itu membeli 1.3 juta tan minyak boleh dimakan pada Disember dengan minyak sawit mencakupi 68 peratus daripada jumlah itu.

Import minyak sawit India dari Malaysia pada bulan lepas berjumlah 293,328 tan termasuk 250,830 tan MSM. – Bernama, 17 Januari, 2024.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen