Guterres gesa gencatan senjata, akses bantuan ke Semenanjung Gaza 


Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Antonio Guterres pada Isnin sekali lagi menggesa gencatan senjata kemanusiaan di Semenanjung Gaza. – Gambar EPA, 16 Januari, 2024.

SETIAUSAHA Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Isnin sekali lagi menggesa gencatan senjata kemanusiaan segera dilaksanakan di Semenanjung Gaza.

“Kita memerlukan gencatan senjata kemanusiaan dengan kadar segera untuk memastikan bantuan dapat sampai kepada mereka yang memerlukan.

“Tiada apa yang boleh membenarkan hukuman kolektif terhadap rakyat Palestin,” kata Guterres pada sidang media di New York, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Beliau berkata masalah kelaparan yang sedang melanda penduduk Gaza menyumbang kepada risiko penyakit, kekurangan zat makanan dan ancaman kesihatan yang lain.

Setiausaha Agung PBB itu berkata seramai 152 pekerja PBB maut sejak 7 Oktober lalu, menandakan jumlah kematian terbesar dalam sejarah badan dunia itu. – Bernama, 16 Januari, 2024.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen