Australia sokong gencatan senjata kekal di Gaza


Menteri Luar Australia Penny Wong juga menggesa kepada akses selamat, tanpa halangan dan kekal untuk bantuan kemanusiaan dan perlindungan yang lebih baik untuk orang awam di Semenanjung Gaza. – Gambar EPA, 15 Januari, 2024.

MENTERI Luar Australia Penny Wong menyuarakan sokongan terhadap gencatan senjata kekal untuk konflik di Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Pendirian kami ialah kami mahu melihat gencatan senjata yang mampan dan kami melihat gencatan senjata kemanusiaan antarabangsa, gencatan senjata kemanusiaan segera, sebagai langkah ke arah itu,” kata Wong pada Isnin sebelum berlepas ke Israel dan Jordan, Tebing Barat dan Emiriah Arab Bersatu.

Bagaimanapun, beliau menegaskan gencatan senjata itu tidak boleh memihak kepada hanya satu pihak dan dilaksanakan tanpa syarat.

Wong juga menggesa kepada akses selamat, tanpa halangan dan kekal untuk bantuan kemanusiaan dan perlindungan yang lebih baik untuk orang awam di Semenanjung Gaza.

Beliau juga mahu menggunakan lawatannya ke rantau berkenaan untuk berkempen bagi penyelesaian konflik semasa dan keamanan berkekalan dalam bentuk penyelesaian dua negara. – Bernama, 15 Januari, 2024.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen