Kumpulan ibu bapa mahu kelas DLP dikekalkan


Noel Achariam

Kumpulan Tindakan Ibu Bapa untuk Pendidikan (Page) berkata sekolah yang menawarkan 100% DLP harus dibenarkan untuk meneruskan kelas berkenaan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Januari, 2024.

KUMPULAN Tindakan Ibu Bapa untuk Pendidikan (Page) mahu garis panduan untuk Program Dwi Bahasa (DLP) dikekalkan.

Ia juga tidak menggalakkan sebarang rancangan untuk kelas bukan DLP.

Pengerusi Page Noor Azimah Abdul berkata mewujudkan kelas bukan DLP adalah tiada dalam garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Kementerian Pendidikan mahu memperkenalkan kelas bukan DLP tetapi ibu bapa tidak mahu.

“Jadi sekolah yang menawarkan 100% DLP harus dibenarkan untuk meneruskan. Mereka harus mengikut garis panduan DLP dan melihat ke arah mengembangkan DLP ke lebih banyak sekolah,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Pada 27 November lalu Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata kelas bukan DLP yang akan diperkenalkan tahun ini adalah berdasarkan garis panduan sedia ada.

Beliau berkata garis panduan itu kekal sehingga kini dan tiada sebarang perubahan.

“Bagi mereka yang melaksanakan DLP, kita boleh teruskan, tidak ada masalah dengan itu.

“Kami akan memulakan satu kelas bukan DLP tahun ini untuk memastikan komitmen kerajaan untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kita,” katanya.

Azimah berkata Menteri Pendidikan menegaskan sekolah DLP penuh mesti mempunyai satu kelas bukan DLP pada tahun akademik baharu 2024/25.

“Jika seseorang membaca pekeliling (SPI) KPM Bil 3 2020 bertarikh 26 November 2020 tidak ada peruntukan sedemikian. Ini mesti dihentikan segera,” katanya. – 15 Januari, 2024.

Berita penuh di sini.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen