Banjir di Rio de Janeiro ragut 11 nyawa


Sebanyak 11 maut akibat banjir pada hujung minggu lalu yang dicetuskan oleh hujan lebat di Rio de Janeiro, Brazil. – Gambar EPA, 15 Januari, 2024.

SEKURANG-KURANGNYA 11 orang maut akibat banjir yang dicetuskan oleh hujan lebat di Rio de Janeiro, Brazil, lapor Sputnik memetik media tempatan pada Isnin.

Banjir melanda bahagian utara bandar itu dari Sabtu hingga Ahad yang turut menjejaskan perkhidmatan bas dan kereta api bawah tanah.

Pihak berkuasa turut membatalkan semua acara yang dirancang.

Pentadbiran bandar berkenaan turut mengisytiharkan darurat, menurut laporan itu. – Bernama, 15 Januari, 2024.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen