Hamas siar video papar 3 tebusan Israel


Seorang wanita berdiri di sebelah kain rentang memaparkan gambar seorang tebusan Israel, ketika himpunan di Tel Aviv sempena 100 hari serangan Hamas di wilayah zionis. – Gambar AFP, 15 Januari, 2024.

KUMPULAN pejuang Palestin Hamas semalam mendedahkan rakaman video yang menunjukkan tiga tebusan masih hidup dalam tahanannya di Gaza.

Tebusan berkenaan ditahan ketika serangan pada 7 Oktober di wilayah Israel.

Dalam video itu, seorang wanita dan dua lelaki sedang bercakap dalam bahasa Hebrew mendesak pihak berkuasa Israel mengambil tindakan untuk membawa mereka pulang.

Tidak diketahui bila video itu dirakam. – AFP, 15 Januari, 2024.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen