Lantai gereja runtuh, 30 cedera di Tuscan


Lantai sebuah gereja di Tuscan, Itali tiba-tiba runtuh ketika satu majlis perkahwinan sedang diadakan semalam, menyebabkan 30 cedera. – Gambar fail EPA, 14 Januari, 2024.

LANTAI sebuah gereja di Tuscan di Itali tiba-tiba runtuh ketika satu majlis perkahwinan sedang diadakan semalam, menyebakan 30 cedera, kata pihak berkuasa.

Lima yang cedera dalam keadaan kritikal selepas bangunan abad ke-15 itu runtuh. Bangunan itu terletak berhampiran Pistoia, di utara Florence, kata Gabenor Wilayah Tuscany Eugenio Giani.

Kira-kira 60 tetamu sedang menari di dewan di tingkat satu apabila lantai tiba-tiba runtuh, menyebabkan mereka terhempas ke dewan di bahagian bawahnya, lapor media Itali.

Kira-kira 100 pekerja kecemasan termasuk bomba, polis dan perlindungan awam sedang giat membantu di tempat kejadian, kata Giani. – AFP, 14 Januari, 2024.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen