Turkiye pindahkan 85 lagi pesakit di Gaza untuk dirawat


Seramai 85 lagi pesakit di Semenanjung Gaza dipindahkan dari Mesir ke Turkiye untuk menerima rawatan. – Gambar AFP, 12 Januari, 2024.

SERAMAI 85 lagi pesakit di Semenanjung Gaza dipindahkan dari Mesir ke Turkiye untuk menerima rawatan, kata Menteri Kesihatan Fahrettin Koca.

Dua pesawat yang membawa pesakit dan pengiring mereka mendarat di Ankara pada Khamis malam, lapor Agensi Anadolu (AA).

“Seramai 85 pesakit dari Gaza di Mesir kini dalam perjalanan ke Turkiye. Mereka diiringi sekumpulan 106 pengiring dan pesakit akan menerima rawatan perubatan di negara kita,” menurut catatan Koca di platform media sosial X.

Negara itu menerima 292 pesakit dari Gaza sejak serangan dahsyat Israel ke atas wilayah Palestin bermula tahun lepas. – Bernama, 12 Januari, 2024.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen