Pemimpin Houthi beri amaran bertindak balas terhadap serangan AS


Yaman, satu-satunya negara Arab yang bertindak membela Palestin dan menyerang Israel atas tindakan tentera zionis menindas rakyat Palestin di Gaza. – Gambar AFP, 12 Januari, 2024.

PEMIMPIN Houthi, Abdul-Malik al-Houthi berjanji untuk bertindak balas terhadap serangan udara yang dilancarkan Amerika Syarikat dan sekutunya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Beliau memberi amaran “sebarang pencerobohan oleh AS akan menerima balasan dan kami tidak akan teragak-agak dengan izin Allah, untuk melakukan segala yang termampu”.

Beliau menegaskan serangan oleh negara yang membentuk “Operasi Penjaga Kemakmuran” atau Operation Prosperity Guardian bakal mencetuskan tindak balas terbesar Houthi yang tidak pernah dilihat setakat ini.

Beliau turut menyeru rakyatnya untuk mengadakan demonstrasi di jalanan pada Jumaat dan berkumpul di Al-Sabeen Square di Sana’a, Yemen. – Bernama, 12 Januari, 2024.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen