POLIS Kontinjen Kuala Lumpur semalam menerima 13 laporan berhubung gerakan “Langkah Dubai” yang dikatakan bertujuan menjatuhkan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim.
Ketua Polis Kuala Lumpur Allaudeen Abdul Majid ketika dihubungi malam tadi berkata kesemua laporan polis yang diterima itu akan disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman
Kelmarin, Ketua Polis Negara Razarudin Husain dilapor berkata polis akan memanggil tiga pempengaruh media sosial iaitu Badrul Hisham Shaharin atau dikenali di media sosial sebagai Che’Gu Bard, Wan Muhammad Azri (Papagomo) dan Salim Iskandar untuk memberi keterangan berhubung perkara itu.
Beliau berkata kesemua mereka akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.
Katanya, sehingga Selasa lalu, pihaknya menerima 43 laporan polis daripada wakil pelbagai parti politik berhubung gerakan Langkah Dubai, di seluruh negara. – Bernama, 12 Januari, 2024.
Komen