Polis rakam keterangan 7 saksi kes khianat api di rumah Ngeh


Polis ambil keterangan tujuh individu berhubung kes khianat api di kediaman Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham di Taman Semarak Jaya, Ayer Tawar, awal pagi semalam. – Gambar Facebook, 11 Januari, 2024.

POLIS mendapatkan keterangan dari tujuh individu berhubung kes khianat api di kediaman Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham di Taman Semarak Jaya, Ayer Tawar, awal pagi semalam.

Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri berkata tiada tangkapan dibuat setakat ini.

“Polis juga memantau dan meningkatkan rondaan di kawasan kediaman Ahli Parlimen itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian awal pagi semalam, rumah Ngeh dipercayai dilontar dengan “molotov cocktail” menyebabkan kebakaran yang memusnahkan sebuah kereta miliknya, manakala dua kenderaan lagi mengalami kerosakan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan (khianat dengan api). – Bernama, 11 Januari, 2024.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen