Tentera Israel dakwa 2 wartawan Palestin maut dalam serangan Gaza pengganas


Kereta yang dinaiki wartawan Palestin Hamza Wael Dahdouh dan Mustafa Thuria, yang terkena serangan roket tentera Israel di Rafah pada Ahad lalu. – Gambar AFP, 11 Januari, 2024.

TENTERA Israel pada Rabu mendakwa dua wartawan Palestin yang maut dalam serangan udara di Gaza pada Ahad lalu adalah “pengganas’.

Wartawan sambilan Al Jazeera Hamza Wael Dahdouh dan pemberita video sambilan AFP, Mustafa Thuria terbunuh semasa sedang membuat liputan berita, ketika tentera zionis melancarkan serangan udara di Rafah.

Kenyataan tentera Israel pada Rabu menyebut hasil risikan mereka mengesahkan dua wartawan berkenaan adalah anggota organisasi pengganas yang berpangkalan di Gaza.

Menurutnya, berdasarkan dokumen yang ditemui tentera Israel di Gaza, Thuria dikenal pasti sebagai anggota sayap tentera Hamas manakala Dahdouh menganggotai Jihad Islam Palestin. 

Dahdouh dan Thuria terbunuh apabila roket yang dilepaskan tentera Israel mengenai kereta yang mereka naiki di Rafah, menurut saksi. Seorang lagi wartawan dan pemandu kereta itu cedera.

Thuria, 30-an, telah bertugas dengan AFP sejak 2019, juga dengan media antarabangsa lain. – AFP, 11 Januari, 2024.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen